
NEW DELHI – Sepasang kekasih warga Myanmar ditahan kerana cuba menyeludup 2 kilogram emas disembunyikan di dalam badan mereka di sebuah lapangan terbang di India, lapor laman berita DT Next.
Pasangan kekasih berusia dalam linkungan 40-an itu diberkas selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai dari Bangkok, baru-baru ini.
Kedua-dua suspek berkata, mereka datang ke India adalah untuk mendapatkan rawatan perubatan, namun dakwaan tersebut tidak dapat dibuktikan. Mereka gagal mengemukaan sebarang dokumen perubatan sah semasa disoal siasat oleh pegawai kastam.
Pasangan itu dilaporkan melakukan perjalanan dari Yangon, Myanmar ke Thailand sebelum tiba di Chennai, sekali gus menimbulkan kecurigaan pihak berkuasa.
Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan objek mencurigakan di dalam dubur mereka.
Objek tersebut dikenal pasti sebagai emas dengan berat keseluruhan sekitar 1.97 kilogram dan bernilai 30 juta rupee (RM1.2 juta).
Kes penyeludupan emas di Lapangan Terbang Chennai meningkat semula selepas Kementerian Kewangan India menaikkan duti import emas daripada 6 peratus kepada 15 peratus. – AGENSI
The post Pasangan kekasih sorok 2 kilogram emas dalam dubur appeared first on Kosmo Digital.


.jpg)


