Sukma 2026: Bakal doktor ‘bidik’ emas buat Sabah

17 Aug 2026 • 8:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukma 2026: Bakal doktor ‘bidik’ emas buat Sabah

SUBANG JAYA – Atlet menembak Sabah, Nur Aina Natasya Anderson meraih penamat gemilang dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2026 selepas menjulang pingat emas acara 10 meter (m) air rifle wanita di Lapang Sasar Menembak Subang Jaya, sebentar tadi.

Atlet berusia 19 tahun itu muncul juara selepas mengumpul 244.8 mata, hanya 0.6 mata dibezakan bersama wakil Pahang, Nur Auni Arissa Muhammad Azaha yang meraih 244.2 mata untuk pingat perak.

Manakala atlet dari Perak, Nor Alya Aqila Mahathir pula melengkapkan podium dengan pingat gangsa selepas mengumpul 223.4 mata.

Kemenangan itu turut mengundang sebak buat Aina yang mengakui usaha sejak empat tahun lalu membuahkan hasil apabila meraih pingat emas buat kali pertama.

“Dari dulu lagi dah mula berlatih dan sekarang baru membuahkan hasil. Sekarang rasa macam tak percaya dapat menang medal, terutamanya emas. Memang tak jangka sebab sangat sengit tadi,” katanya.

Selepas ini Aina mahu memberi tumpuan kepada pengajian perubatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang akan bermula September depan.

“Memang inilah yang terakhir sebab saya mahu melanjutkan pelajaran dan kursus saya pun susah. Saya bercita-cita untuk menjadi doktor.

“Kalau diberi peluang, mahu juga (terus menembak), tetapi saya usahakan dulu untuk seimbangkan pengajian dan sukan saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Sukma 2026: Bakal doktor ‘bidik’ emas buat Sabah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved