Pasukan AA Motorsports harumkan nama Perlis di pentas antarabangsa

11 Aug 2026 • 7:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pasukan AA Motorsports harumkan nama Perlis di pentas antarabangsa

KANGAR: Pasukan AA Motorsports Darsa Lube Rally Team dari Perlis mengharumkan nama negeri ini di pentas antarabangsa dalam kejohanan Fia Asia-Pasific Rally Championship 2026 di Medan, Indonesia baru-baru ini.

Pasukan yang membabitkan pemandu, Azrul Azhar Norbakari dan juruarah, Muhammad Firdaus Musa berjaya menamatkan saingan di Sumatera Utara itu dengan meraih tempat ketiga Kelas F2 1,600cc selepas mengharungi laluan mencabar, berliku serta pelbagai masalah teknikal sepanjang perlumbaan.

Perlumbaan di ladang teh Tobasari antaranya menguji keupayaan pemandu, jentera dan seluruh pasukan menerusi 12 Super Special Stage (SS).

Laluan yang berliku dan mencabar memerlukan tumpuan tinggi, kawalan jentera yang baik serta strategi pasukan tepat bagi memastikan perlumbaan dapat diselesaikan dengan selamat.

Pada hari pertama perlumbaan berkenaan, pasukan antaranya berdepan masalah sistem brek dan enjin mengalami ‘overheating’. Bagaimanapun, pasukan segera melakukan pemeriksaan serta tindakan pembaikan bagi memastikan jentera meneruskan perlumbaan.

Image from: Pasukan AA Motorsports harumkan nama Perlis di pentas antarabangsa
PASUKAN AA Motorsports Darsa Lube Rally Team dari Perlis mengharumkan nama negeri ini di pentas antarabangsa dalam kejohanan Fia Asia-Pasific Rally Championship 2026 di Medan, Indonesia baru-baru ini.-UTUSAN

Pada hari kedua, cabaran menjadi lebih besar apabila pasukan tersebut mengalami masalah tangki minyak pecah serta kerosakan ‘suspension’ hadapan. Walaupun berdepan kerosakan, pasukan terus berusaha membaiki dan memastikan jentera meneruskan perlumbaan dengan mengutamakan keselamatan.

Azrul Azhar yang juga ketua pasukan AA Motorsports menzahirkan rasa syukur apabila hasil kerjasama seluruh pasukan, AA Motorsports berjaya meneruskan perlumbaan sehingga tamat kesemua 12 SS seterusnya berjaya meraih tempat ketiga.

“Hari pertama kami sudah berdepan masalah ‘brake dan engine overheating’. Hari kedua
pula tangki minyak pecah dan ‘suspension’ hadapan mengalami kerosakan.

“Laluan di ladang teh Tobasari juga sangat mencabar dan berliku. Dalam keadaan seperti ini, kami utamakan keselamatan dan pastikan kereta dapat terus bergerak sehingga tamat semua 12 SS. Alhamdulillah, kami berjaya menamatkan perlumbaan dan mendapat tempat ketiga.

“Podium ini sangat bermakna kerana ia dicapai selepas melalui pelbagai cabaran,” katanya.

Katanya, penyertaan tersebut bukan sekadar mengejar keputusan perlumbaan, tetapi turut membawa misi untuk mengharumkan nama Perlis dan Malaysia di pentas antarabangsa selain mempromosikan Tahun Melawat Perlis 2026.

“AA Motorsports merakamkan penghargaan kepada para penaja dan rakan sokongan, khususnya LMC Racing, Darsa Lube, FNF Motorsports, AA Motorsports dan FA Design, serta Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah atas sokongan dan dorongan kepada pasukan.

“Penghargaan khas turut diberikan kepada Aniff Harahap kerana memberikan kepercayaan dan
keizinan kepada saya untuk memandu jentera tersebut, selain seluruh crew dari Medan, Indonesia dan rombongan pasukan dari Malaysia yang membantu serta memberikan sokongan sepanjang perlumbaan,” katanya.-UTUSAN

The post Pasukan AA Motorsports harumkan nama Perlis di pentas antarabangsa appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved