Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular di media sosial tindakan pempengaruh kontroversi yang membuat siaran langsung (live) Piala Dunia FIFA 2026 di akaun TikTok miliknya.
Pempengaruh yang juga merupakan seorang YouTuber kemudiannya tampil memberi penjelasan selepas mendapat kritikan serta turut memaklumkan akses siaran langsung di akaunnya itu digantung selama 7 hari.
Individu Dakwa Pempengaruh Masih Buat Live Di Akaun TikTok Lain, Konon Main PS5
Meskipun akses live stream di akaun TikTok disekat selama tujuh hari, namun ia dilihat tidak menghalang influencer berkenaan untuk melakukan siaran langsung.
Menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Threads @ibtisamisyeee, pengguna itu mendakwa pempengaruh tersebut membuat live FIFA World Cup 2026 di akaun TikTok lain miliknya.
Apa yang menjadi perhatian adalah dia didakwa memegang alat kawalan permainan (controller) Play Station 5 seolah-olah seperti sedang bermain permainan tersebut.
Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, dapat dilihat sebuah televisyen yang memaparkan perlawanan di antara Sepanyol dan Austria.
“A*m*r N*zh*n live FIFA dekat akaun sini pula. Live Spain vs Austria. Boleh ke? Tangan dia pegang controller konon main PS5,” tulisnya.
View on Threads
Pengguna Lain Turut Kongsi Perkara Sama
Bukan hanya individu itu sahaja, pengguna lain turut berkongsi perkara sama memaparkan perbuatan pempengaruh itu.
“Aku dah agak ‘maaf’ si A*m*r N*zh*n ni tak boleh pakai. Korang tengok, masih buat live tapi akaun lain. Budak ni memang tak kisah halal haram as long benda tu menguntungkan dia. Perosak generasi,” tulisnya.
Difahamkan, akaun tersebut merupakan akaun perniagaan milik pempengaruh berkenaan.
View on Threads
Ramai Mahu RTM & FIFA Ambil Tindakan
Perkongsian yang telah mendapat lebih 144,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengkritik serta mengecam tindakan influencer berkenaan yang dilihat tidak serik meskipun telah diberi teguran.
Malah, ada yang mahu Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil tindakan atas YouTuber itu kerana perbuatannya dilihat mencabuli hak RTM sebagai penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia.
Terdahulu, influencer itu dalam satu kenyataan menjelaskan dia tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak atas tindakannya yang menyiarkan semula siaran langsung kejohanan terbesar dunia itu di TikTok.
Jelasnya, dia hanya mahu berkongsi rasa teruja dan keseronokan menikmati suasana perlawanan bersama penonton yang lain.
Pun begitu, dia yang juga merupakan seorang YouTuber kemudiannya memaklumkan bahawa akses live akaun TikTok miliknya disekat selama 7 hari kerana melanggar Garis Panduan Pengguna.
Ini antara komen pengguna Threads:
“Akaun TikTok Dia Kena Bannded, Jadi Dia Live Dekat Akaun TikTok Yang Dia Selalu Buat Live Forex”

“Dulu Sekolah Tak Habis Ke? Ambil SPM Tak? Lain Macam Tak Faham Ni”

“Memang Influencer Ni Tak Serik Ke? Still Dia Tak Faham Benda Berlesen Tu Apa?”

“RTM, Sila Ambil Tindakan”

Baca Artikel Berkaitan: “RTM Bayar Berjuta…” – Influencer Didakwa Buat Live TikTok, Siar Perlawanan Piala Dunia 2026 Secara Percuma [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Sangka FYP” – Dikritik Buat Live Stream Piala Dunia 2026 Di TikTok, Ini Respon Ammar Nazhan






