
TAWAU: Seorang pejalan kaki berusia 69 tahun meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tawau, empat hari selepas dilanggar sebuah kereta yang dibawa pemandu berusia 86 tahun di sepanjang Jalan Chong Thien Vun.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Champin Piuh berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, pemandu sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu sedang dalam perjalanan pulang ke Jalan Sin On dari arah Jalan Apas.
“Apabila sampai di Jalan Chong Thien Vun berhampiran lampu isyarat, pemandu itu melihat seorang pejalan kaki (mangsa) sedang melintas jalan dari arah kiri ke kanan pembahagi jalan.
“Pemandu tidak sempat mengelak dan melanggar pejalan kaki itu. Mangsa cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tawau.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Mangsa disahkan meninggal dunia jam 9.40 pagi Khamis ketika masih dalam rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tawau,” katanya pada Khamis.
Polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam kes berasingan, seorang penunggang motosikal yang hendak mengambil anaknya dari SK Tanjong Batu, terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan sekitar jam 2 petang, Khamis.
Insiden itu mengakibatkan motosikal mangsa terperosok di bawah sebuah pacuan empat roda.
Terdahulu, mangsa berumur 30an yang sedang menunggang motosikal di Jalan Tanjung Batu Tengah, tiba-tiba dilanggar sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna putih dari arah belakang.
“Akibat perlanggaran tersebut, penunggang motosikal terjatuh di laluan bertentangan dan ketika itu juga sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax terlanggar motosikal mangsa.
“Pemandu itu sedang menghala ke Kg Bukit Kukusan dari arah bandar, namun akibat jarak terlalu dekat, pemandu tidak dapat mengelak lalu melanggar motosikal mangsa sehingga terperosok di bawah Dmax tersebut,” katanya.
Champin berkata, penunggang itu hanya mengalami cedera ringan dan polis kini giat mengesan pemandu Proton Saga berwarna putih yang melarikan diri selepas kemalangan.
Justeru, beliau meminta kerjasama orang awam yang menyaksikan kemalangan tersebut agar tampil membantu siasatan polis.
Kes itu disiasat di bawah Peraturan 10 166/59.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



