Pekat Group peroleh subkontrak RM62.91 juta bagi projek pusat data di Port Dickson

LocalBusiness & Finance
26 Nov 2026 • 2:26 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pekat Group peroleh subkontrak RM62.91 juta bagi projek pusat data di Port Dickson Image from: Pekat Group peroleh subkontrak RM62.91 juta bagi projek pusat data di Port Dickson hamden26/11/2026 - 14:26 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 26 Nov - Pekat Group Berhad memperoleh empat kontrak subkontrak bernilai keseluruhan RM62.91 juta bagi kerja-kerja sistem pembumian dan perlindungan kilat untuk projek pusat data berskala besar (hyperscale) di Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

Kontrak berkenaan dimeterai menerusi anak syarikat milikan penuh secara tidak langsungnya, Pekat E & LP Sdn Bhd (PELP), yang melaksanakan empat perjanjian subkontrak dengan sebuah kontraktor pada 25 November 2026.

 

Pekat dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, skop kerja merangkumi pembinaan, penyiapan, pengujian dan pentauliahan sistem pembumian serta perlindungan kilat dan kerja-kerja berkaitan bagi projek berkenaan.

 

Daripada jumlah keseluruhan itu, Subkontrak 1 bernilai RM19.73 juta, diikuti Subkontrak 2 sebanyak RM14.49 juta, Subkontrak 3 (RM14.62 juta) dan Subkontrak 4 (RM14.07 juta).

 

Syarikat itu bagaimanapun tidak mendedahkan identiti kontraktor berkenaan berikutan keperluan kerahsiaan.

 

Pelaksanaan projek

Mengikut jadual pelaksanaan, Subkontrak 1 disasarkan siap pada 21 Januari 2028, manakala Subkontrak 2 pada 4 Julai 2028.

 

Subkontrak 3 pula dijadualkan selesai pada 5 Oktober 2028, sementara Subkontrak 4 mempunyai sasaran tarikh penyiapan pada 5 Januari 2029.

 

Pekat berkata, kontrak berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaannya.

 

Bagaimanapun, ia tidak dijangka memberikan kesan material terhadap aset bersih, aset bersih sesaham dan tahap penggearan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026.

 

Kontrak itu juga tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan atau pegangan saham pemegang saham utama syarikat. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved