Seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah di daerah Kuala Pilah meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah berkenaan malam tadi.
Mangsa, Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah sebelum disahkan meninggal dunia.
Advertisement
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin, mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan butiran lanjut akan disampaikan dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, seorang wanita yang mendakwa dirinya ibu saudara mangsa memuat naik beberapa hantaran di Threads mendakwa remaja berkenaan meninggal dunia selepas dipukul di asrama sekolah.

Wanita tersebut mendakwa dia menerima berita berkenaan daripada adiknya yang juga ibu kepada mangsa.
“Angah telefon adik tadi menangis kata anaknya dah meninggal kena pukul dekat asrama sekolah.”
“Sekarang semua tengah dalam perjalanan ke Hospital Kuala Pilah,” katanya.
Dalam hantaran susulan, wanita berkenaan turut mendakwa jenazah mangsa pada awalnya berada di Hospital Kuala Pilah sebelum dibawa ke sebuah hospital di Seremban untuk bedah siasat.

Dia juga mendakwa seorang pelajar Tingkatan Empat telah ditahan berhubung kejadian tersebut, manakala mangsa merupakan pelajar Tingkatan Dua.
Bagaimanapun, dakwaan bahawa mangsa dipukul serta penahanan pelajar Tingkatan Empat berkenaan masih belum disahkan pihak polis.
Siasatan lanjut dijangka dapat menjelaskan punca sebenar kejadian serta keadaan yang berlaku sebelum mangsa ditemukan tidak sedarkan diri. – HARIAN METRO
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Gagal Buktikan Gangguan Seksu*l, Mahkamah Arah Stesen Radio Terkenal Bayar RM358K Kepada Penyampai Radio
The post Pelajar ‘Form 2’ Meninggal Dibuli Senior Di Asrama, Didakwa Ditumb*k & Dilibas Getah Paip first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






