Pelakon Cico Harahap meninggal dunia di hospital

Entertainment
8 Nov 2026 • 2:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelakon Cico Harahap meninggal dunia di hospital
Anak kepada penyanyi legenda, Uji Rashid, iaitu Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau lebih dikenali sebagai Cico Harahap, 48, meninggal dunia di Hospital Ampang.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Anak kepada artis legenda, Uji Rashid iaitu Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau lebih dikenali sebagai Cico Harahap, 48, meninggal dunia pada Ahad.

Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Sandakiah Azez berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11 pagi ketika menerima rawatan di hospital.

Menurutnya, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Ampang kira-kira seminggu lalu selepas mengalami sesak nafas di rumah.

"Ketika dimasukkan ke hospital, Allahyarham dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum dipindahkan ke wad biasa pada Khamis lalu.

"Bagaimanapun, saya tidak pasti sama ada terdapat komplikasi kesihatan yang menyebabkan pemergiannya hari ini," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sandakiah berkata, urusan pengebumian Allahyarham dijangka dilakukan di Bukit Antarabangsa, namun waktu pengebumian masih belum dimaklumkan.

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke Surau Bukit Mulia di Bukit Antarabangsa untuk dimandi dan dikafan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas selesai urusan di hospital.

Allahyarham Cico mula menceburi bidang lakonan pada 1993 dan telah berlakon dalam beberapa filem terkenal termasuklah Kekasih Awal dan Akhir (1993), Anak Mami The Movie (2002), Mami Jarun (2002) dan Mistik (Mistik) dan filem terakhir Operation Mekong (2016).

Bagaimanapun, Cico didakwa berdepan masalah kesihatan pada penghujung 2016 dan mula meninggalkan dunia lakonan selepas itu.

Pada 2020, ibunya membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa anak lelakinya itu telah diracun rakan-rakannya ketika menghadiri sambutan hari jadi salah seorang rakannya.

Uji Rashid menafikan Cico tidak sihat akibat disihir, sebaliknya mendakwa anak lelakinya itu kemudiannya mengalami masalah kesihatan serius selepas diracun oleh rakan-rakannya sendiri.

Dalam program bual bicara Telekung Talk yang disiarkan di Facebook Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad itu, pelakon terkenal era 70 an tu mendakwa Cico diberikan minuman yang dicampur racun sebelum ditinggalkan tanpa bantuan pada majlis itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved