
BRAZIL – Seorang pemain Coritiba berdepan detik mencemaskan apabila terjatuh ke dalam terowong pemain ketika meraikan jaringan dalam aksi menentang Chapecoense di Stadium Couto Pereira.
Pemain berkenaan, Jacy, dipercayai terlalu teruja selepas menyangka jaringan yang dilakukannya sah sebelum berlari ke belakang gol untuk meraikannya.
Bagaimanapun, ketika melompat ke kawasan belakang papan iklan, Jacy tidak menyedari terdapat laluan terbuka menuju ke terowong pemain.
Dia kemudian terus terjatuh ke dalam terowong dan hilang daripada pandangan, menyebabkan rakan sepasukan serta petugas stadium segera datang membantu.
Gol Diraikan, VAR Pula Batalkan
Jacy dilaporkan mengalami kecederaan pada buku lali dan kemudiannya dikeluarkan pada awal babak kedua.
Lebih mengejutkan, jaringan yang diraikannya itu akhirnya dibatalkan selepas semakan VAR kerana ofsaid.
Coritiba bagaimanapun tetap menamatkan perlawanan dengan kemenangan 2-1 ke atas Chapecoense.
Menariknya, kejadian hampir sama pernah berlaku di stadium yang sama pada 2014 apabila pemain Coritiba, Joel, turut terjatuh ke dalam terowong ketika meraikan jaringan. – The Malaysian Update
The post Pemain Coritiba Terjatuh Masuk Terowong Ketika Raikan Gol, Jaringan Pula Dibatalkan VAR appeared first on The Malaysian Update.






