
JAKARTA – Seorang pemandu lori tunda berang kerana diminta oleh petugas untuk membayar tol menggunakan dua kad berbeza di wilayah Lampung, Pulau Sumatera, lapor laman berita Lambe Turah.
Perkara itu dikongsi di platform Threads oleh akaun @jagotowing_081227441441_, baru-baru ini.
Dalam hantaran tersebut, pemandu berkenaan meluahkan rasa kecewa apabila dipaksa membayar dua tol bagi kenderaan yang ditunda serta lori yang dipandunya di Gerbang Tol Sumber Jaya.
Selepas berasa tidak adil, dia nekad memusingkan semula kenderaannya dan menggunakan laluan lain.
Hantaran tersebut mencatatkan lebih 1,000 tanda suka dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Kenderaan itu tidak bergerak, kenapa kena bayar?” kata seorang netizen.
“Kalau lori bawa muatan lebih lima kenderaan macam mana? Kena bawa tujuh atau lapan kad?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Pemandu berang kenderaan tidak bergerak kena bayar tol appeared first on Kosmo Online.





