Pemandu sebabkan kematian peniaga nasi kukus di Hulu Langat direman 4 hari

30 Jul 2026 • 12:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemandu sebabkan kematian peniaga nasi kukus di Hulu Langat direman 4 hari

KAJANG – Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz yang disyaki memandu di bawah pengaruh dadah dan terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawa tiga sekeluarga di Jalan Batu 17, Hulu Langat semalam direman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, penahanan reman ke atas lelaki berusia 42 tahun itu dibenarkan sehingga 2 Ogos ini bagi membantu siasatan kes tersebut.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan tiga sekeluarga maut apabila motosikal yang ditunggang dirempuh SUV jenis Perodua Aruz di Jalan Batu 17, Hulu Langat.

Dalam kejadian pukul 7.56 pagi itu, mangsa, Hafifi Rahman Rahmat, 34, isteri, Nik Aishah Asilan Nik Mohd. Zamzuri, 32, serta anak bongsu mereka, Muhammad Rafie Hanzal, 3, meninggal dunia di lokasi tersebut.

Ketika kejadian, Hafifi Rahman dikatakan dalam perjalanan menghantar isterinya berniaga nasi kukus berhampiran stesen minyak Petronas di Nanding, manakala anak bongsunya pula ke tadika.

Susulan kejadian itu, polis menahan pemandu Perodua Aruz selepas dipercayai positif dadah jenis methamphetamine. Semakan mendapati suspek turut mempunyai dua rekod kes dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

The post Pemandu sebabkan kematian peniaga nasi kukus di Hulu Langat direman 4 hari appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved