Pemandu warga Pakistan sebabkan kemalangan maut pelajar 15 tahun direman

12 Oct 2026 • 2:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pemandu warga Pakistan sebabkan kemalangan maut pelajar 15 tahun direman
Kenderaan dipandu warga Pakistan yang terlibat kemalangan. Foto PDRM
Image from: Pemandu warga Pakistan sebabkan kemalangan maut pelajar 15 tahun direman
Kesan pelanggaran menyebabkan pintu hadapan kiri kenderaan kemik. Foto PDRM

SUNGAI PETANI - Jurujual karpet warga Pakistan direman selama tiga hari kerana disyaki memandu kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal di Jalan Darul Aman Lagenda di sini kira-kira 6 petang, Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, reman ke atas lelaki berusia 27 tahun itu bermula Isnin sehingga Rabu ini.

Menurutnya, dalam kejadian berkenaan, jurujual karpet dan langsir itu dikatakan memandu kenderaan jenis Perodua Alza warna putih sebelum terlibat kemalangan dengan seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun.

"Siasatan awal mendapati Muhammad Afiq Izzat Mohd Rosidi, 15, menunggang motosikal dari arah Jalan Mawar menghala ke Jalan Darul Aman Lagenda.

"Setibanya di lokasi kejadian, ketika mangsa sedang bergerak lurus di lorong tengah, pemandu Alza warga Pakistan yang datang dari arah bertentangan dipercayai membelok ke kanan secara tiba-tiba lalu memasuki laluan motosikal tersebut," katanya.

**media[3675736]**

Beliau berkata, disebabkan jarak yang terlalu dekat, penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian pintu hadapan kiri kenderaan terbabit.

Jelasnya, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu Alza tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hanyan berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada tindakan pemandu yang membelok ke kanan secara tiba-tiba di persimpangan sehingga memasuki laluan motosikal dan mengakibatkan pelanggaran.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk urusan bedah siasat.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved