Peminat F1 Kongsi Kesedihan, George Russell Terpaksa DNF Di Lima Pusingan Akhir

5 Oct 2026 • 1:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Peminat F1 Kongsi Kesedihan, George Russell Terpaksa DNF Di Lima Pusingan Akhir

Menang atau kalah sememangnya adat pertandingan, dan kekalahan tidak seharusnya menjadi alasan untuk terus menyesali keputusan yang telah berlaku.

Namun, rasa kecewa tentunya lebih mendalam apabila seseorang gagal menamatkan pertandingan yang disertai akibat masalah teknikal ketika berada di kedudukan yang baik.

Itulah yang berlaku kepada pelumba Mercedes-AMG Petronas, George Russell, dalam Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.

Peminat F1 Kongsi Kesedihan George Russell

Russell terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal selepas kereta Mercedesnya mengalami masalah pada unit kuasa ketika dia berada di kedudukan ketiga, kira-kira lima pusingan sebelum perlumbaan tamat.

Situasi itu tentunya amat mengecewakan kerana podium yang sudah hampir dalam genggaman terpaksa dilepaskan pada saat-saat akhir.

Menerusi satu hantaran di Threads, @eytajuwita turut berkongsi kesedihannya selepas melihat Russell terpaksa mencatatkan DNF (Did Not Finish), hanya lima pusingan sebelum garisan penamat.

"Saya bukan peminat tegar F1 tapi sumpah tengok George hari ni sedih dan sakit hati. Tinggal lima pusingan je weh. Lima!" katanya dalam hantaran itu.

Baca juga:

Ujar @eytajuwita, dia faham kekecewaan itu kerana Russell disambut meriah oleh warga tempatan, jadi harapan orang terhadap pemandu itu sudah tentu tinggi.

"Dia datang Malaysia, sambutan dekat dia bukan main lagi. Memang kalau dia je semua orang teruja, memang orang harap lebih la.

"Sekali pusingan 50/55, power unit dia pula give up," ujarnya.

Bagaimanapun, @eytajuwita tidak menyalahkan Russell kerana masalah tersebut bukan berpunca daripada kecuaian pelumba itu, sebaliknya kerosakan pada keretanya.

Image from: Peminat F1 Kongsi Kesedihan, George Russell Terpaksa DNF Di Lima Pusingan Akhir

Menurutnya, rasa kecewa itu semakin dirasai apabila Russell dilihat terus duduk di tepi litar dengan wajah penuh kekecewaan selepas keluar dari keretanya.

"Bukan kemalangan dan salah dia pun, tapi kereta dia yang tak bagi kerjasama habiskan perlumbaan.

"Lagi sedih tengok dia keluar kereta terus duduk tepi macam ni. Memang boleh nampak macam mana kecewanya dia," luah @eytajuwita.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut meluahkan rasa sedih dan sokongan kepada Russell.

Image from: Peminat F1 Kongsi Kesedihan, George Russell Terpaksa DNF Di Lima Pusingan Akhir
Image from: Peminat F1 Kongsi Kesedihan, George Russell Terpaksa DNF Di Lima Pusingan Akhir
Image from: Peminat F1 Kongsi Kesedihan, George Russell Terpaksa DNF Di Lima Pusingan Akhir
Image from: Peminat F1 Kongsi Kesedihan, George Russell Terpaksa DNF Di Lima Pusingan Akhir

Ada juga yang berkata impian Russell untuk memenangi podium ketika berada di SIC sememangnya difahami kerana sambutan luar biasa buatnya.

"Dia memang nak sangat menang kat sini kan. Sebab sambutan memang luar biasa dekat pemandu-pemandu F1.

"Lepastu kebanyakan video banyak tunjuk muka dia dengan kimi tu je. Apatah lagi ni pertama kali diorang datang Sepang.

"Dengan cuaca yang kejap hujan, kejap okay, tapi nasiblah dia takde cedera dekat mana-mana.

"Tak apa Russell, awak dah buat yang terbaik. Warga Malaysia bangga dengan awak. Teruskan berjuang dan fokus kepada Grand Prix seterusnya," kata @flanamethyst.

Image from: Peminat F1 Kongsi Kesedihan, George Russell Terpaksa DNF Di Lima Pusingan Akhir

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved