Penduduk Kunak terima bekalan ‘air hitam’ hampir dua minggu

24 Sep 2026 • 8:44 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Penduduk Kunak terima bekalan ‘air hitam’ hampir dua minggu

KUNAK: Penduduk di kebanyakan kawasan di daerah ini mendakwa berdepan masalah bekalan air paip berwarna hitam sejak hampir dua minggu, sekali gus menjejaskan urusan harian mereka.

Keadaan itu bukan sahaja menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk, malah menyukarkan pelbagai keperluan harian, termasuk mencuci pakaian, membersihkan rumah dan kegunaan domestik lain.

Menurut penduduk, air yang keluar dari paip kelihatan berwarna hitam dan kotor, menyebabkan mereka terpaksa mengehadkan penggunaan air paip untuk kegunaan tertentu.

Keadaan itu turut menimbulkan persoalan mengenai tahap kualiti bekalan air yang diterima, khususnya bagi penduduk yang bergantung sepenuhnya kepada bekalan air paip bagi menjalankan aktiviti harian.

Antara kawasan terjejas termasuk Kg Pangkalan Madai, Kg Lormalong, Kg Simpang Empat, premis perniagaan Simpang Empat, Kg Kunak Tiga, Taman Sri Idaman, Kg Bagiang, Kg Getah, Kg Jaya Baru, Kg Kunak Jaya, Kg Cenderawasih, perumahan kerajaan, Kg Sungai Atas, Taman Cenderawasih, Kg Skim Kokos, Kg Kunak Kecil, pekan dan sekitarnya.

“Air paip masih warna hitam.. macam ‘Kopi O’,” kata Norsiah, seorang penduduk Kg Kunak Jaya.

Pengguna turut menyuarakan kebimbangan berhubung masalah itu menerusi media sosial, selain menuntut campurtangan wakil rakyat termasuk Adun dan Ahli Parlimen (MP) bagi membantu mencari penyelesaian segera.

Ahmad, seorang lagi pengguna, berharap wakil rakyat turun padang dan melihat sendiri situasi tersebut di lapangan bagi mendapat gambaran jelas.

Mereka berharap wakil rakyat dapat membawa perkara berkenaan kepada pihak agensi berkaitan di peringkat negeri serta tindakan yang wajar diambil bagi menyelesaikan segera masalah tersebut.

“Punca sebenar masalah itu perlu dikenalpasti dan tindakan segera wajar dilakukan. Isu bekalan air kotor di Kunak bukan perkara yang baharu, ia kerap berlaku sejak dulu,” kata Ahmad.

Sementara itu, Pegawai Kerja Jabatan Air Kunak berkata, pihaknya telah menjalankan kerja-kerja flushing sistem bekalan air di beberapa lokasi terjejas pada Isnin susulan aduan penduduk.

Proses itu bertujuan membersihkan saluran paip dengan mengalirkan air pada tekanan tertentu bagi mengeluarkan mendapan, kelodak dan kekotoran yang dipercayai terkumpul dalam sistem perpaipan.

Seorang kakitangan Jabatan Air berkata, mereka telah berusaha mencari punca utama masalah itu.

Tangki utama simpanan air yang sudah lama tidak digunakan atau tidak berisi berkemungkinan menjadi antara faktor menyebabkan kualiti bekalan air terjejas, apabila mendapan dan sisa terkumpul dalam tangki berkenaan turut mengalir ke saluran paip pengguna.

Pengurusan dan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Kalumpang di daerah ini dikendalikan oleh syarikat konsesi, Pekah Sdn Bhd (Lahad Datu Water Supply).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved