Pengamal perubatan alternatif ditahan disyaki cabul pelanggan wanita

6 Aug 2026 • 3:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pengamal perubatan alternatif ditahan disyaki cabul pelanggan wanita
Seorang pengamal perubatan alternatif ditahan selepas disyaki mencabul pelanggan wanitanya bulan lalu. Gambar hiasan

SEREMBAN - Seorang pengamal perubatan alternatif ditahan selepas disyaki mencabul pelanggan wanitanya bulan lalu.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner, Mohd Nasharudin Mohd Shariff berkata, suspek lelaki berusia 60-an ditahan pada 27 Julai di sekitar Senawang di sini.

"Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan cabul yang melibatkan seorang pengamal rawatan alternatif di sebuah pusat rawatan di Senawang.

"Sehingga kini, polis telah menerima empat laporan berkaitan kes tersebut dan siasatan telah dijalankan dengan merakam percakapan pengadu dan saksi-saksi serta memperoleh bahan bukti yang berkaitan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, bertindak atas maklumat yang diperoleh, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban telah menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 354 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga boleh menjejaskan siasatan.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Sebelum ini, pempengaruh Caprice memuat naik satu video memaparkan perkongsian beberapa mangsa yang mendakwa dicabul oleh pengamal perubatan alternatif berkenaan ketika mendapatkan rawatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved