'Pengampunan bersyarat, bayar denda RM50 juta.' Najib Razak jalani tahanan di rumah hingga Ogos 2028

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 12:47 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Pengampunan bersyarat, bayar denda RM50 juta.' Najib Razak jalani tahanan di rumah hingga Ogos 2028

EMPAT tahun di sebalik tembok besi, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Figura yang pernah mencetuskan fenomena dengan frasa popular 'Malu apa, Bossku' itu bakal menghabiskan baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Image from: 'Pengampunan bersyarat, bayar denda RM50 juta.' Najib Razak jalani tahanan di rumah hingga Ogos 2028

Memetik Bernama, keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang diadakan pada Jumaat.

Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada Najib membayar denda RM50 juta.

Image from: 'Pengampunan bersyarat, bayar denda RM50 juta.' Najib Razak jalani tahanan di rumah hingga Ogos 2028

“Beliau hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan sekiranya beliau tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat tersebut, maka pengampunan bersyarat ini adalah terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara,” menurut kenyataan itu.

Sekadar info, sosok yang berusia 73 tahun itu menjadi bekas Perdana Menteri Malaysia keenam dan menjalankan tugas dari tahun 2009 hingga 2018. 

Najib yang pernah menjadi Menteri Besar Pahang ke-11 itu sedang menjalani hukuman selama enam tahun di Penjara Kajang atas sabitan kes SRC international.

Najib, 73, sedang menjalani hukuman penjara itu di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022. Kes membabitkan 1Malaysia Development Berhad (IMDB) iaitu di peringkat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved