Pengampunan bersyarat Najib: Pasukan guaman tunggu arahan susulan

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 1:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pengampunan bersyarat Najib: Pasukan guaman tunggu arahan susulan
Pasukan guaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih menunggu arahan lanjut sebelum memberikan sebarang komen berhubung permohonan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong. Gambar fail

KUALA LUMPUR – Pasukan guaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih menunggu arahan lanjut sebelum memberikan sebarang komen berhubung permohonan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Peguamnya, Muhammad Farhan Muhammad Shafee berkata, barisan peguam mengambil pendirian untuk tidak mengeluarkan kenyataan terlalu awal bagi mengelakkan sebarang maklumat tidak tepat disampaikan.

“Saya sedang menunggu arahan berhubung perkembangan ini.

“Saya tidak mahu memberikan sebarang maklumat yang salah,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Muhammad Farhan berkata, Messrs Shafee & Co akan mengeluarkan kenyataan sekiranya terdapat sebarang perkembangan yang memerlukan maklum balas daripada pihaknya.

Bekas Ahli Parlimen Pekan berusia 72 tahun itu dilaporkan mendapat pengampunan bersyarat daripada Sultan Ibrahim dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang diadakan pada Jumaat.

Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada Najib membayar denda RM50 juta.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved