Penganggur tidak mengaku rompak, cederakan wanita

14 Aug 2026 • 11:38 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penganggur tidak mengaku rompak, cederakan wanita

IPOH: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak dan mencederakan seorang wanita, minggu lalu.

Tertuduh, Lee Koon Yew, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang wanita berusia 26 tahun di sebuah rumah di Taman Batu Gajah Perdana di dalam daerah Batu Gajah, kira-kira pukul 11.40 pagi pada 8 Ogos 2026.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, M. Raveenaa tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh namun jika mahkamah membenarkan, jaminan sebanyak RM20,000 dicadangkan untuk lelaki terbabit. 

Peguam bela yang mewakili tertuduh, A.Dhirren bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan jaminan yang minimum memandang tertuduh seorang penganggur yang perlu menanggung dua anak masing-masing berusia 23 dan 21 tahun.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin, selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali, tidak mengganggu saksi pendakwaan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 23 September depan untuk serahan dokumen.

Media sebelum ini melaporkan tangkapan terhadap suspek susulan video tular berdurasi 53 saat yang memaparkan tindakan agresifnya cuba melarikan diri daripada sebuah rumah yang disyaki telah dipecah masuk di kawasan Batu Gajah Perdana. – UTUSAN

The post Penganggur tidak mengaku rompak, cederakan wanita appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved