Pengarah Terkenal Tegur Kilafairy Berkait Kes Anjing Rocky

EntertainmentPets
3 Aug 2026 • 10:22 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Isu kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky terus mencuri perhatian selepas beberapa selebriti tampil meluahkan rasa sedih dan marah di media sosial.

Namun, luahan pelakon Kilafairy mengenai kejadian itu mendapat teguran daripada pengarah dan penerbit terkenal, Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya.

Tegur Kilafairy sebab berdoa dengan kata-kata keras

Image from: Pengarah Terkenal Tegur Kilafairy Berkait Kes Anjing Rocky
Kredit Foto: Kilafairy

Menerusi satu hantaran di Threads, Jinggo berkata dia memahami perasaan simpati terhadap haiwan tersebut.

Bagaimanapun, dia berpandangan doa serta kata-kata yang ditulis Kilafairy terhadap individu yang didakwa terlibat adalah tidak wajar.

Image from: Pengarah Terkenal Tegur Kilafairy Berkait Kes Anjing Rocky
Kredit Foto: Jiggo

Bersimpati pada binatang itu baik, tapi doa awak dengan kata-kata awak sangat tak baik, Kilafairy.

Ini nasihat orang tua, jangan ambil hati. – Tulisnya.

Kilafairy luah rasa hancur

Image from: Pengarah Terkenal Tegur Kilafairy Berkait Kes Anjing Rocky

Sebelum ini, Kilafairy meluahkan rasa sedih terhadap nasib Rocky yang didakwa mati ketika satu operasi penguatkuasaan.

Hati saya hancur disebabkan Rocky dan pemiliknya. Semoga awak masuk neraka. Awak membunuh binatang peliharaan seseorang. Semoga satu keluarga kau ditimpa bala- Tulisnya.

Dia turut menulis kata-kata keras terhadap individu yang didakwa melakukan perbuatan tersebut.

The post Pengarah Terkenal Tegur Kilafairy Berkait Kes Anjing Rocky appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved