Pengguna wanita dah boleh guna Grab ‘Women-Only Rides (Beta)’

13 Aug 2026 • 2:33 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Pengguna wanita dah boleh guna Grab ‘Women-Only Rides (Beta)’

Sekitar bulan Mac lalu, Grab telah melancarkan kempen Pengambilan Pemandu Wanita dari 8 Mac dan masih lagi berlangsung sehingga 30 September ini.

Dengan kempen Pencarian Pemandu Wanita ini, Grab juga membuka peluang pekerjaan dan juga ruang buat golongan wanita untuk berada dalam komuniti e-hailing Malaysia.

Sejajar dengan pengambilan pemandu wanita, kini khidmat servis Penumpang untuk Wanita sahaja atau ‘Women-Only Rides (Beta)’ telah dibuka untuk pengguna wanita di aplikasi Grab.

Untuk pengetahuan umum, servis ini masih lagi di fasa beta dan belum diperluaskan secara menyeluruh.

3 lokasi sasaran beta

Berdasarkan kemaskini sistem bagi aplikasi Grab di telefon pintar, servis istimewa buat kaum hawa ini menyasarkan tiga lokasi sasaran iaitu di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan juga di Johor.

Lengkapkan profil dan tunggu pengesahan

Untuk mencuba ciri baru di aplikasi Grab ini, pengguna hanya perlu membuat pengesahan jantina di profil dan kemudian sahkan identiti diri. Pengesahan identiti mengambil masa tiga hari bekerja sebelum pengguna wanita dapat menggunakan servis ini

Image from: Pengguna wanita dah boleh guna Grab ‘Women-Only Rides (Beta)’

Macam mana nak tempah?

Setelah mendapat pengesahan identiti, pengguna wanita boleh masukkan lokasi “drop-off”. Kemudian di bahagian “Standard”, pilih “Women-Only Rides (Beta)”. Dan pilih masa serta tarikh kemudian tekan “Schedule Standard”.

Setakat ini pengguna hanya boleh gunakan servis ini menerusi “Advance Booking” sahaja.

Image from: Pengguna wanita dah boleh guna Grab ‘Women-Only Rides (Beta)’

Ciri ini dapat dilihat oleh wanita sahaja


Untuk menjaga keselesaan, ketenangan dan keselamatan pemandu dan juga penumpang, servis ini hanya dapat di lihat oleh golongan wanita sahaja. Oleh kerana itu, pengesahan jantina dan identiti dibuat bagi melindungi kedua-dua pihak.

Untuk ketahui lebih lanjut layari laman web Grab .

Jadi apa lagi jom cuba “Women-Only Rides (Beta)” sekarang!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved