Penghormatan terakhir buat imam muda

23 Oct 2026 • 3:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penghormatan terakhir buat imam muda

KUALA PILAH – Suasana hiba menyelubungi Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini, pagi ini, apabila warga hospital mengadakan ‘Honor Walk’ sebagai penghormatan terakhir kepada imam muda Masjid Bandar Baharu Serting, Mohammad Syazwan Mahadi, 28.

Penghormatan itu diberikan sebagai tanda menghargai pengorbanan Allahyarham yang terus menyemai harapan kepada insan lain menerusi pendermaan organ selepas pemergiannya.

Menerusi hantaran yang tular di Facebook setempat, warga hospital dilihat mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham yang juga penghantar barangan.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi positif daripada orang ramai yang rata-ratanya menyifatkan Allahyarham sebagai seorang insan berhati mulia kerana masih mampu memberi manfaat kepada orang lain meskipun sudah tiada.

Terdahulu, Allahyarham Mohammad Syazwan maut selepas motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta Honda Civic di Kilometer 21, Jalan Seremban-Kuala Pilah, kira-kira pukul 2.06 petang semalam.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta berusia 56 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

The post Penghormatan terakhir buat imam muda appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved