Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir bagi memberikan penghormatan terakhir buat isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohamad Ali.
Menerusi satu hantaran video yang tular di media sosial, kelihatan Tun M yang sudah berusia 101 tahun tetap menggagahkan diri hadir ke kawasan liang lahad. Raut wajah beliau yang terserlah duka dan rasa kehilangan ternyata mencuri perhatian serta menyentuh hati ramai.
Artikel berkaitan: “Kalah atau menang, Tun sentiasa ada” – Lee Chong Wei Titip Luahan Pilu, Kenang Kasih Sayang Tun Hasmah
Artikel berkaitan: Menelusuri Perjalanan Hidup Tun Dr Siti Hasmah, Pelopor Doktor Wanita & Tokoh Kesihatan Awam
Apa yang paling membuatkan orang ramai sebak adalah apabila Tun M turut menyempurnakan amalan tradisi Islam dengan mengambil dan mengepalkan tanah kubur untuk dimasukkan ke dalam liang lahad isterinya.
Momen berkenaan memperlihatkan keinsafan dan ikatan kasih sayang yang amat mendalam, menggambarkan salam perpisahan terakhir seorang suami kepada insan yang setia bertakhta di sisinya sepanjang hayat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat keadaan Tun M yang mengagahkan diri menunaikan tanggungjawab terakhir buat permaisuri hatinya.
Ramai antara mereka yang menitiskan air mata serta mendoakan agar Tun M diberikan kekuatan jiwa, ketabahan, dan kesihatan yang berpanjangan dalam menghadapi ujian berat ini.

Pasangan ini dikenali ramai dengan ikatan kasih sayang yang cukup utuh dan menjadi contoh teladan kepada masyarakat sepanjang tujuh dekad kehidupannya bersama.






