Peniaga rugi RM550,000, peti besi dan Mercedes dilarikan

LocalCars
2 Sep 2026 • 3:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Peniaga rugi RM550,000, peti besi dan Mercedes dilarikan

SUNGAI PETANI – Seorang peniaga kerugian kira-kira RM550,000 selepas rumahnya di Taman Seri Jenaris, Tikam Batu di sini dipecah masuk sebelum peti besi dan sebuah kereta mewah dilarikan, awal pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa keluar menguruskan urusan perniagaan dan kediamannya tidak berpenghuni.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, mangsa hanya menyedari kejadian itu selepas pulang ke rumah pada tengah hari semalam.

“Setibanya di rumah, mangsa mendapati kediamannya sudah dipecah masuk sebelum pemeriksaan mendapati peti besi dan sebuah kereta Mercedes-Benz yang diletakkan di hadapan rumah turut hilang.

“Jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan RM550,000,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, rumah mangsa tidak dilengkapi televisyen litar tertutup (CCTV).

“Bagaimanapun, polis menerima maklumat daripada orang awam yang mendakwa melihat tiga individu disyaki terlibat dalam kejadian itu.

“Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan usaha mengesan suspek masih dijalankan,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah selain siasatan berkaitan kes kecurian kenderaan. – KOSMO! ONLINE

The post Peniaga rugi RM550,000, peti besi dan Mercedes dilarikan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved