
PETALING JAYA – Penumpang Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen Taman Jaya di sini cemas selepas mendengar bunyi letupan pada sebuah tren sehingga mengeluarkan asap.
Menerusi hantaran di Thread, pengguna dikenali sebagai Dinarasafiya mendakwa kejadian itu menyebabkan penumpang keluar dari tren berkenaan.
“Takutnya, ada benda meletup dekat stesen LRT Taman Jaya, sekarang semua keluar tren. Tak tahu apa yang meletup. Tren atau trek dia tapi aku nampak ada benda meletup lepas itu berasap.
“Sekarang tak berani nak naik tren. Ambil Grab terus,” katanya.
Menurutnya, sebahagian penumpang kemudian meneruskan perjalanan dengan menaiki tren berikutnya, namun dia memilih untuk meninggalkan stesen kerana bimbang dengan keselamatannya.
Seorang lagi pengguna, Abyssurge yang mendakwa berada di lokasi sama turut berkongsi pengalamannya mendengar letupan tersebut.
“Asap keluar dari belakang tren, tunggu tren seterusnya demi keselamatan,” katanya.
Bagaimanapun, punca sebenar insiden berkenaan masih belum dapat dipastikan dan tiada kenyataan dikeluarkan Prasarana berhubung kejadian itu setakat ini. – KOSMO! ONLINE
The post Penumpang cemas ada benda meletup, berasap di LRT Taman Jaya appeared first on Kosmo Digital.

![[KEMASKINI] 21 penumpang feri cedera setakat ini](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-02-at-00.03.40-1024x682.jpeg)
![[VIDEO] Feri Pulau Pinang langgar kapal kargo, 92 penumpang cemas](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-01-at-23.25.03-1024x682.jpeg)



