Remaja maut terkena renjatan ketika rehat futsal

1 Sep 2026 • 4:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Remaja maut terkena renjatan ketika rehat futsal

KUALA SELANGOR – Malang menimpa seorang remaja lelaki apabila maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika memegang tiang lampu sewaktu berehat bermain futsal di Taman Pancaran, Bestari Jaya di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 10.32 malam dengan mangsa berusia 15 tahun dimaklumkan tidak sedarkan diri dan disyaki meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan Hasil siasatan mendapati mangsa sedang berehat ketika bermain futsal sebelum memegang sebatang tiang lampu yang disyaki mempunyai arus elektrik sehingga menyebabkan mangsa rebah. Pemeriksaan terhadap tubuh mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah,” kata dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah konsisten dengan renjatan elektrik.

Tambahnya, kes disiasat sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah ini ditalian 03-3289 1222 atau balai polis berhampiran.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati, Thiban Subbramaniam dalam hantaran di Facebook rasminya memaklumkan akan membawa perkara tersebut kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagi memastikan siasatan dijalankan secara telus, adil dan menyeluruh.

“MPKS (Majlis Perbandaran Kuala Selangor) turut digesa untuk menyegerakan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya agar keluarga mangsa mendapat jawapan dan keadilan yang sewajarnya.

“Pada masa yang sama, saya menyeru MPKS dan semua agensi berkaitan supaya segera menjalankan pemeriksaan keselamatan terhadap kemudahan awam, khususnya tiang lampu dan sistem elektrik di kawasan rekreasi, gelanggang sukan serta lokasi awam lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Remaja maut terkena renjatan ketika rehat futsal appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved