Penunggang maut digilis, polis kesan pemandu treler

21 Sep 2026 • 9:23 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penunggang maut digilis, polis kesan pemandu treler
Penunggang motosikal maut dipercayai digilis lori kejadian kemalangan disyaki langgar lari di Kilometer 263.4 PLUS arah selatan selepas Terowong Menora, pada Ahad.

IPOH – Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai digilis sebuah treler dalam kejadian kemalangan disyaki langgar lari di Kilometer 263.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang apabila motosikal jenis Yamaha NVX dinaiki mangsa terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler yang tidak dikenal pasti jenis dan nombor pendaftarannya.

Menurut beliau, mangsa, seorang berusia 27 tahun, dipercayai digilis treler berkenaan di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Muhammad Najib berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengesan pemandu serta treler yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Katanya, keluarga mangsa juga telah dimaklumkan berhubung kejadian tersebut.

Dalam pada itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kemalangan itu diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Jelasnya, maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500.

Semalam laluan berkenaan mengalami kesesakan sehingga lima kilometer susulan kemalangan terbabit.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved