Penunggang motosikal maut langgar kereta

24 Aug 2026 • 1:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penunggang motosikal maut langgar kereta
Mangsa maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan

KOTA TINGGI - Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 53.3 Lebuhraya Senai-Desaru, di sini pada  jam 4.50 petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, mangsa, 52, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

“Mangsa telah melanggar kereta dipandu wanita tempatan berusia 33 tahun yang tiba-tiba brek mengejut ketika masuk ke simpang kanan.

“Penunggang motosikal itu tidak sempat mengelak lalu melanggar kereta tersebut,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Mangsa dirujuk ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved