Penunggang motosikal melarikan diri elak sekatan, anggota polis trafik cedera

20 Nov 2026 • 3:41 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Penunggang motosikal melarikan diri elak sekatan, anggota polis trafik cedera

Seorang anggota polis trafik cedera di paha kiri ketika cuba menahan penunggang motosikal yang melarikan diri di stesen minyak Bandar Jerteh

JERTIH: Seorang anggota polis trafik cedera di paha kiri selepas terjatuh ketika cuba menahan seorang penunggang motosikal yang melarikan diri bagi mengelak pemeriksaan di sebuah stesen minyak di Bandar Jerteh, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Rozaime Ab Rahim berkata dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, Koperal Saiful Azli Sabtu, 36, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut sedang menjalankan operasi pemeriksaan motosikal.

“Anggota berkenaan cuba menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna hitam dan merah tanpa nombor pendaftaran serta tidak memakai topi keledar.

“Bagaimanapun, lelaki itu bertindak memecut motosikal secara tiba-tiba ketika cuba ditahan menyebabkan anggota berkenaan terjatuh dan mengalami kecederaan di bahagian paha kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rozaime berkata Saiful Azli kemudiannya dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi IPD Besut atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved