Penuntut IPTS tular mabuk didakwa bunuh warga emas

12 Aug 2026 • 12:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penuntut IPTS tular mabuk didakwa bunuh warga emas

KUALA LANGAT – Tindakan penuntut institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang tular memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki warga emas memakan diri apabila dia didakwa atas pertuduhan membunuh di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Tertuduh, N. Vishwesh, 23, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Maslinda Selamat.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan ekoran kes dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Vishwesh telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Eng Kim Kheng @ Ng Kim Swee, 79, di Kilometer 38 Jalan Klang – Banting – Port Dickson, di sini, kira-kira pukul 7.20 petang pada 7 Ogos lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Syafiq Yazid.

Peguam T. Mishant mewakili tertuduh memaklumkan bahawa anak guamnya merupakan seorang penuntut IPTS.

“Mohon dipercepatkan serahan dokumen agar kes dapat dibawa ke Mahkamah Tinggi secepat mungkin,” jelasnya.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan sebutan semula pada 1 Oktober depan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan mengenai seorang lelaki yang tular di media sosial selepas dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Kanchong Bengkok.

Menerusi rakaman video yang tular itu, lelaki berkenaan dilihat berada di lokasi kejadian sebelum mengakui dirinya mabuk ketika disoal orang awam, namun menafikan melakukan sebarang kesalahan dengan berkata, “Ya, saya mabuk, tapi saya tak buat apa-apa!”. – KOSMO! ONLINE

The post Penuntut IPTS tular mabuk didakwa bunuh warga emas appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved