Perlumbaan LTdL di Borneo bersyarat

7 Oct 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Perlumbaan LTdL di Borneo bersyarat

HASRAT membawa semula Le Tour de Langkawi (LTdL) ke Sabah dan Sarawak pada masa depan lebih wajar direalisasikan menerusi penganjuran keseluruhan perlumbaan di Borneo.

Ia dilihat mampu mengelakkan kos dan cabaran logistik jika hanya satu atau dua peringkat dipindahkan dari Semenanjung.

Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL, Emir Abdul Jalal berkata, penganjuran secara penuh di Borneo lebih praktikal kerana membolehkan perlumbaan menghubungkan Sabah dan Sarawak tanpa keperluan memindahkan kargo serta infrastruktur antara Semenanjung dan Borneo.

Menurutnya, pengalaman penganjuran edisi terdahulu menunjukkan kos logistik bagi membawa perlumbaan ke Sabah dan Sarawak boleh mencecah antara RM4.5 juta hingga RM5 juta, terutama membabitkan penerbangan kargo serta penyediaan dua set infrastruktur berasingan.

“Jika kita mahu buat di Sabah dan Sarawak pada masa akan datang, pilihan terbaik dan paling praktikal adalah menganjurkan perlumbaan penuh di sana yang menghubungkan kedua-dua negeri menerusi laluan darat dengan menggunakan satu set infrastruktur sahaja.

“Melalui kaedah ini, kita tidak perlu menanggung kos pemindahan kargo merentasi laut dan kos pengurusannya boleh disamakan seperti menganjurkan perlumbaan di Semenanjung.

“Pada masa sama, peminat di Sabah dan Sarawak akan lebih berpuas hati kerana dapat menyaksikan perlumbaan penuh, bukan sekadar satu atau dua peringkat,” katanya.

Emir berkata, pendekatan itu bukan sahaja mampu mengurangkan beban kewangan, malah dapat mengatasi isu keletihan melampau dalam kalangan kru teknikal dan keselamatan yang perlu menguruskan perpindahan kargo serta persiapan perlumbaan dalam tempoh singkat.

Dalam pada itu, Emir berkata, penjimatan hampir RM5 juta daripada kos logistik boleh dimanfaatkan untuk tujuan lebih besar, khususnya pembangunan pelumba muda serta penganjuran lebih banyak perlumbaan antarabangsa di Malaysia.

The post Perlumbaan LTdL di Borneo bersyarat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved