Permainan Xbox 360 Kelak Akan Boleh Dimainkan Di PC

TechnologyGaming
4 Aug 2026 • 9:37 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Permainan Xbox 360 Kelak Akan Boleh Dimainkan Di PC

Minggu lalu, empat permainan Xbox asal boleh dimainkan di PC buat pertama kali menggunakan emulator yang dibangunkan sendiri oleh Microsoft. Pagi tadi, sebuah dokumen yang menunjukkan perancangan masa depan Xbox tertiris menunjukkan permainan Xbox 360 juga akan boleh dimainkan di PC.

Image from: Permainan Xbox 360 Kelak Akan Boleh Dimainkan Di PC

Ini akan dilakukan seawal 2027 atau 2028 dengan keseluruhan katalog Xbox 360 akan ditawarkan. Walaupun dokumen mengatakan permainan akan disokong pada perkakasan Xbox, sebelum ini ura-ura mengatakan konsol Xbox seterusnya iaitu Project Helix akan menggunakan Windows 11. Project Helix dipercayai ialah jawapan Xbox kepada Steam Machine. Maka bolehlah diramalkan permainan klasik Xbox 360 akan juga disokong pada PC Windows.

Dengan akses kepada lebih 3000 permainan daripada era Xbox dan Xbox 360, Project Helix akan memastikan ia mempunyai permainan sejak hari pertama dilancarkan. Steam Machine dan Xbox ROG Ally membuktikan terdapat ramai gamer hanya mahukan permainan yang baik tanpa keperluan grafik AAA diakses dengan mudah.

Image from: Permainan Xbox 360 Kelak Akan Boleh Dimainkan Di PC

Ini memberikan kelebihan kepada Xbox untuk mengalahkan PlayStation kerana jumlah katalog konsol lama Sony yang boleh dimainkan pada konsol baharu adalah terhad. Sony sendiri masih belum mampu melakukan emulasi PS3 di PS5 kerana perbezaan senibina Cell Processor yang digunakan.

Saya melabel diri sendiri sebagai seorang gamer tua yang lebih gemar bermain permainan klasik (sperti Splinter Cell, Sly Cooper dan Smackdown Here Comes The Pain) berbanding permainan model. Jika Microsoft membenarkan saya mengakses semua katalog Xbox menerusi Game Pass, saya tidak akan berfikir dua kali untuk membeli Project Helix apabila ia dilancarkan kelak.

Sumber – The Verge

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved