Peruntukan kepada penduduk Petaling Jaya tetap disalurkan

LocalPolitics
3 Oct 2026 • 2:42 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Peruntukan kepada penduduk Petaling Jaya tetap disalurkan

SHAH ALAM: Kerajaan masih menyalurkan peruntukan kepada penduduk Parlimen Petaling Jaya meskipun bekas Ahli Parlimennya, Lee Chean Chung meletakkan jawatan semalam.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, peruntukan berkenaan disalurkan kepada rakyat menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Katanya, penduduk Petaling Jaya masih boleh mengemukakan permohonan termasuk bantuan dan sumbangan kepada ICU Selangor.

“Ahli Dewan Undangan Negeri dalam kawasan Petaling Jaya pun boleh tolong rakyat kawasan Petaling Jaya. Jadi tidak perlu risau susulan peletakan jawatan (Chean Chung),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Madani Kita Bersama-Sama Komuniti Kota Anggerik, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Chean Chung juga sudah lama tidak menghadiri mesyuarat serta kongres yang dianjurkan parti.

“Seperti yang Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden PKR) katakan semalam, beliau memang sudah lama tidak hadir dalam mesyuarat parti.

“Kita hormati keputusan Chean Chung dan ucap selamat berjaya kepadanya,” katanya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan Chean Chung meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya tanpa syarat berkuat kuasa semalam susulan PKR menggantung keahliannya selama tiga tahun. – UTUSAN

The post Peruntukan kepada penduduk Petaling Jaya tetap disalurkan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved