Pekerja ladang maut, motosikal rempuh Honda HR-V buat pusingan U

2 Sep 2026 • 9:36 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pekerja ladang maut, motosikal rempuh Honda HR-V buat pusingan U

MARANG – Gara-gara sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), Honda HRV membuat pusingan U, seorang pekerja ladang maut selepas motosikal ditungganginya gagal mengelak lalu merempuh kenderaan itu di Kilometer 11.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Wakaf Dua, di sini, malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 8 malam itu, mangsa, Muhamad Ikhwan Adenan, 29, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Saari Mohamed berkata, sewaktu kejadian, Muhamad Ikhwan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Baru Sungai Binjai, Ajil, Hulu Terengganu dari Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi mangsa dikatakan gagal mengelak lalu merempuh sebuah kenderaan jenis Honda HR-V.

“Peniaga berusia 43 tahun yang memandu kenderaan itu dikatakan membuat pusingan U untuk pulang ke rumahnya di Kampung Padang Leban, Bukit Payong, di sini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Saari berkata, pemeriksaan pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan Muhamad Ikhwan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Pekerja ladang maut, motosikal rempuh Honda HR-V buat pusingan U appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved