Pesara serah kad ATM, lebih RM230,000 lesap selepas 27 hari

LocalBusiness & Finance
2 Oct 2026 • 8:55 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pesara serah kad ATM, lebih RM230,000 lesap selepas 27 hari

PARIT – Seorang pesara berusia 63 tahun kerugian RM237,135.15 setelah menjadi mangsa penipuan penyamaran sebagai pihak berkuasa secara panggilan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah menerima laporan berhubung kes penipuan tersebut kelmarin.

“Mangsa diperdaya apabila dikatakan terlibat dengan kes penipuan pelaburan world coin trading. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Mangsa telah tertipu dengan panggilan yang menyamar sebagai pihak berkuasa iaitu pihak polis dan timbalan pendakwa raya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa telah mengeluarkan wang simpanannya atas arahan suspek dan dipindahkan ke dalam satu ‘akaun selamat’ bagi memudahkan urusan pemeriksaan Bank Negara’.

“Mangsa kemudian diarah untuk meletakkan kad mesin pengeluaran automatik (ATM) akaun tersebut ke dalam satu sampul dan diletakkan di bawah tiang papan tanda berhampiran rumah mangsa serta memberikan enam pin kod kad ATM tersebut.

“Setelah 27 hari, mangsa buat semakan terhadap akaun tersebut di bank mendapati wang berjumlah RM237,135.15 telah dikeluarkan tanpa kebenarannya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Pesara serah kad ATM, lebih RM230,000 lesap selepas 27 hari appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved