Peter, Sinem juara Piala Triatlon Asia

27 Oct 2025 • 10:20 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Atlet Austria Peter Luftensteiner dan Sinem Francisca Tous Servera dari Turki muncul juara dalam Piala Triatlon Asia 2025 Kota Kinabalu yang berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Sabtu.

Perlumbaan yang menampilkan format pecut renang 750m, basikal 20km dan larian 6km menyaksikan Peter merangkul kejuaraan elit lelaki selepas melepasi garisan penamat dalam masa 55 minit 48.2 saat.

Di tempat kedua ialah Logan Campbell (0:55:55) dari Australia dengan atlet Romania Felix Duchampt (0:56:04) di tempat ketiga diikuti Ryoya Tamazaki (0:56:16) dari Jepun dan Luke Blake dari Australia (0:56:23).

Gelaran elit wanita menjadi milik Sinem dengan masa 1:03:10 diikuti oleh Sarika Nakayama dari Jepun (1:03:51), Ji Yeon Kim (1:04:44) dari Korea Selatan, Yuki Sugihara dari Jepun (1:05:08) dan Kayla Nadia Shafa dari Indonesia (1:05:1).

Lima pemenang teratas dalam setiap kategori masing-masing menerima USD850, USD600 dan USD450, USD200 dan USD100.

Seramai 73 atlet dengan 51 lelaki dan 22 wanita mengambil bahagian dalam pertandingan itu sebagai salah satu siri acara Piala Continental yang diiktiraf oleh World Triatlon, badan induk antarabangsa sukan itu.

Ia dianjurkan oleh XMultisport Event dengan sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Lembaga Pelancongan Sabah dan UMS.

Majlis makan malam untuk para peserta diadakan pada Jumaat dengan setiausaha tetap Kementerian Datuk Josie Lai sebagai tetamu kehormat, manakala timbalannya Mary Isidore Malangkin menyampaikan hadiah kepada pemenang wanita pada hari Sabtu.