Piala Dunia B-15: Malaysia mengganas! Syria jadi mangsa kedua, Ethiopia menanti

25 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Piala Dunia B-15: Malaysia mengganas! Syria jadi mangsa kedua, Ethiopia menanti

Skuad Bawah 15 Tahun (B-15) negara terus mengaum di pentas Piala Dunia B-15 apabila membenam Syria 3-1 untuk melakar kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan Kumpulan H.

Kemenangan itu membuktikan anak buah P. Maniam bukan sekadar hadir sebagai pelengkap jadual, sebaliknya memiliki kemampuan untuk memberi cabaran serius selepas turut menundukkan Dominica dalam aksi terdahulu.

Lebih penting, kejayaan menewaskan wakil Asia Barat itu menyuntik keyakinan besar buat skuad muda negara dalam misi memburu tempat ke peringkat kedua kejohanan.

Malaysia tidak berdepan masalah untuk menundukkan Syria 3-1, sekali gus meneruskan permulaan positif dalam kempen mereka.

Namun, tugas skuad negara masih belum selesai apabila Ethiopia menanti dalam aksi seterusnya yang dijadual berlangsung pada jam 7.45 malam ini.

Pertembungan itu bakal menjadi satu lagi ujian penting buat Malaysia untuk membuktikan konsistensi dan mengukuhkan peluang meneruskan kemaraan dalam kejohanan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, nasib berbeza menimpa dua lagi wakil ASEAN apabila Thailand tewas 2-3 kepada Slovakia dalam Kumpulan M, manakala Laos mencuri tumpuan selepas mengikat Bahrain 1-1.

Kini, perhatian terarah kepada skuad muda negara — mampukah Malaysia meneruskan rentak kemenangan dan menggegarkan Piala Dunia B-15?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved