Piala Dunia FIFA B-15: Malaysia catat kemenangan pertama

25 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Piala Dunia FIFA B-15: Malaysia catat kemenangan pertama

Skuad B-15 negara memperoleh kemenangan pertama dalam pusingan awal Piala Dunia FIFA B-15 apabila mengatasi Dominica 3-1 di Baku, Azerbaijan semalam.

Aqheef Haiqal Koko membuka tirai jaringan buat Malaysia seawal minit ke-12 sebelum Anas Suffiyan Arif menggandakan kelebihan itu berselang lima minit.

Dominica kemudian merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-28 tetapi Amirul Faris Azlan mengembalikan kelebihan dua gol skuad muda negara itu pada minit ke-39.

Malaysia seterusnya akan menghadapi Syria bagi aksi kedua Kumpulan H hari ini.

Kemenangan kedua itu akan mencerahkan peluang Harimau Muda B-15 untuk ke Tier A saingan berkenaan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved