Pinjaman MMR Capital cecah RM98.99 juta setakat September

LocalBusiness & Finance
7 Oct 2026 • 6:35 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pinjaman MMR Capital cecah RM98.99 juta setakat September Image from: Pinjaman MMR Capital cecah RM98.99 juta setakat September sarah07/10/2026 - 18:35 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 7 Okt -- Datasonic Group Bhd  menerusi anak syarikat milik penuhnya, MMR Capital Sdn Bhd, yang menjalankan perniagaan pemberi pinjaman wang mencatat jumlah pinjaman tertunggak sebanyak RM98.99 juta setakat 30 September 2026.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, daripada jumlah itu, RM89.98 juta atau sebahagian besar diberikan kepada syarikat, manakala RM9.01 juta kepada individu.

 

Kesemua pinjaman berkenaan merupakan pinjaman bercagar, dengan tiada pinjaman tidak bercagar direkodkan setakat suku kedua tahun kewangan berakhir 30 September 2026.

 

Datasonic berkata, penyediaan bantuan kewangan oleh MMR Capital adalah selaras dengan aktiviti perniagaan biasa syarikat bagi suku kedua berkenaan.

 

MMR Capital, yang dimiliki sepenuhnya oleh NEXG Asset Sdn Bhd, merupakan anak syarikat milik penuh Datasonic.

 

Sementara itu, jumlah pinjaman yang diberikan syarikat dalam kumpulan kepada MMR Capital berjumlah RM98.55 juta setakat 30 September 2026.

 

MMR Capital tidak merekodkan sebarang pinjaman yang gagal bayar bagi tempoh berkenaan, dengan jumlah pinjaman dalam keadaan gagal bayar pada awal tahun kewangan dan sepanjang tempoh tersebut kekal pada sifar.

 

Lima pinjaman terbesar MMR Capital semuanya merupakan pinjaman berjangka bercagar kepada pihak tidak berkaitan, dengan jumlah tertunggak antara RM8.09 juta hingga RM50 juta.

 

Pinjaman terbesar berjumlah RM50 juta, dengan tempoh pembayaran balik 18 bulan dan disokong cagaran bernilai RM44.15 juta.

 

Empat pinjaman lain masing-masing mempunyai jumlah tertunggak RM9.10 juta, RM8.74 juta, RM8.15 juta dan RM8.09 juta, dengan tempoh pembayaran balik 12 bulan.

 

Pengumuman itu dibuat Datasonic selaras dengan Perenggan 8.23(2)(e) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd berhubung pengumuman berkala syarikat pemberi pinjaman wang. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved