PJ Half Marathon edisi 2026 sasar 10,000 peserta

12 Aug 2026 • 2:26 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PJ Half Marathon edisi 2026 sasar 10,000 peserta

PETALING JAYA: Acara larian PJ Half Marathon 2026 yang memasuki edisi ke-36 menyasarkan 10,000 peserta termasuk dari 34 negara.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd Yazid Sairi berkata, setakat ini kira-kira 9,000 peserta telah mendaftar untuk menyertai acara berkenaan.

Menurutnya, penganjuran kali ini menawarkan lima kategori iaitu 30 kilometer (KM), 21KM, 10KM, 5KM dan 3KM Fun Run bagi kanak-kanak.

“Pelbagai kategori yang ditawarkan ini memberi peluang kepada peserta daripada pelbagai peringkat umur dan tahap kecergasan untuk mengambil bahagian.

“Khususnya mereka yang mahu menjadikannya sebagai aktiviti riadah,” katanya dalam sidang media PJ Half Marathon 2026, di sini hari ini.

Beliau berkata, aspek keselamatan turut diberi perhatian dengan penempatan 100 pegawai trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 80 anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di lokasi strategik.

“Kawalan trafik secara berperingkat oleh Polis Daerah Petaling Jaya akan bermula seawal pukul 3.30 pagi pada hari larian,” katanya.

Selain itu, pasukan medik, penunggang basikal dan petugas pertolongan cemas turut disediakan sepanjang laluan bagi memastikan kesiapsiagaan perubatan.

Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan pihak berkuasa serta menggunakan kawasan parkir yang disediakan bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan laluan kecemasan tidak terhalang.

PJ Half Marathon 2026 dianjurkan MBPJ dengan kerjasama Puncak Ventures Sdn. Bhd. dan Kelab Olahraga PARA Selangor serta sokongan Kementerian Belia dan Sukan. –UTUSAN

The post PJ Half Marathon edisi 2026 sasar 10,000 peserta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved