Planworth telah agih dana RM4 bilion perkasa komuniti perniagaan

LocalBusiness & Finance
28 Sep 2026 • 6:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Planworth telah agih dana RM4 bilion perkasa komuniti perniagaan

PETALING JAYA – Planworth memperuntukkan dana sebanyak RM1 bilion bagi tahun 2026 untuk terus menyokong pertumbuhan perniagaan tempatan dan memperluaskan akses pembiayaan kepada perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS).

Sehingga kini, syarikat pembiayaan alternatif itu telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM4 bilion selain menyokong nilai kontrak menghampiri RM6 bilion, dengan memberi perkhidmatan kepada ribuan pelanggan di seluruh negara.

Dalam masa yang sama, syarikat juga melancarkan Platform Digital Baharu Pembiayaan Rantaian Bekalan Planworth yang menghubungkan pembeli terdiri daripada kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau syarikat swasta, vendor PMKS serta pihak pembiaya dalam satu ekosistem bersepadu.

Ketua Pegawai Eksekutif Planworth, Datuk Kuek Andy berkata, syarikat itu tidak menganggap mereka sebagai pesaing kepada agensi pembiayaan kerajaan atau institusi perbankan, sebaliknya sebagai pelengkap kepada ekosistem sedia ada.

“Pembiayaan alternatif memberi lebih banyak pilihan kepada usahawan, khususnya mereka yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih besar atau dana dalam tempoh lebih pantas bagi memenuhi keperluan modal kerja dan mengembangkan perniagaan,” katanya dalam kenyataan.

Image from: Planworth telah agih dana RM4 bilion perkasa komuniti perniagaan

Majlis itu turut menyaksikan pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) antara Planworth dengan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia (PAPA) serta CDC International Sdn. Bhd. bagi memperluaskan akses pembiayaan alternatif kepada ahli dan komuniti perniagaan terlibat.

Menerusi platform itu, proses permohonan, pengesahan dokumen, penilaian pembiayaan, kelulusan, penyaluran dana dan pemantauan status dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan cekap, sekali gus memudahkan PMKS memperoleh modal kerja untuk melaksanakan kontrak kerajaan, GLC dan sektor swasta.

Selain itu, Andy menjelaskan, syarikat itu tidak menganggap mereka sebagai pesaing kepada agensi pembiayaan kerajaan atau institusi perbankan, sebaliknya sebagai pelengkap kepada ekosistem sedia ada.

“Pembiayaan alternatif memberi lebih banyak pilihan kepada usahawan, khususnya mereka yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih besar atau dana dalam tempoh lebih pantas bagi memenuhi keperluan modal kerja dan mengembangkan perniagaan,” kata Andy.

Dalam program sama, Mohamad turut merasmikan pejabat korporat Planworth seluas kira-kira 18,000 kaki persegi yang melibatkan pelaburan sekitar RM20 juta bagi pemerolehan serta kerja pengubahsuaian untuk menyediakan persekitaran lebih profesional dan kondusif kepada pelanggan serta rakan strategiknya.

Planworth adalah institusi kewangan bukan bank yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam sistem ePerolehan dan tertakluk kepada kawal selia Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP), selain menawarkan penyelesaian pembiayaan rantaian bekalan kepada PMKS serta syarikat berskala besar yang melaksanakan kontrak kerajaan, GLC dan sektor swasta. -KOSMO! ONLINE

 

The post Planworth telah agih dana RM4 bilion perkasa komuniti perniagaan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved