PM dijadual jawab soalan ahli Parlimen pada sesi MQT esok

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 10:57 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PM dijadual jawab soalan ahli Parlimen pada sesi MQT esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menjawab soalan Ahli Parlimen pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat esok.

KUALA LUMPUR -  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menjawab soalan Ahli Parlimen pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat esok.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul memaklumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Sesi MQT yang diperuntukkan untuk Perdana Menteri menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen sepatutnya berlangsung semalam (Selasa), namun ditangguhkan susulan cuti sempena sambutan Deepavali.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung hari ini selepas berehat selama dua hari bagi memberi laluan kepada sambutan perayaan berkenaan. - Bernama 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved