Rosmah di Pavilion, Najib jalani tahanan rumah tanpa keluarga

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 3:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Rosmah di Pavilion, Najib jalani tahanan rumah tanpa keluarga
Tangkap layar respons Nurulhidayah menjelaskan isu tersebut.

KUALA LUMPUR - Ahli keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa tidak dibenarkan tinggal bersama bekas Perdana Menteri itu sepanjang beliau menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan rumah.

Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor sebaliknya dipercayai akan menetap di kediamannya di Pavilion sepanjang tempoh berkenaan.

Menurutnya, kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Taman Duta yang diwartakan sebagai penjara tertakluk kepada peraturan seperti institusi penjara.

"Tidak boleh dan rumah itu pun diwartakan sebagai penjara. Memang konsep penjara anak bini tidak ada dalam itu.

"Anak bini dia bukan tinggal sekali. DSR (Datin Seri Rosmah) duduk Pavilion," katanya menerusi ruangan komen pada hantaran pengguna Threads, @wakdoyik.co, pada Rabu.

Beliau menjelaskan perkara itu selepas pengguna media sosial itu bertanyakan sama ada ahli keluarga termasuk cucu dibenarkan melawat Najib sekiranya beliau menjalani tahanan rumah.

Pengguna berkenaan turut mengajukan persoalan sama ada bekas Ahli Parlimen Pekan itu boleh mendapatkan makanan menerusi perkhidmatan penghantaran makanan sekiranya tidak dibenarkan keluar dari kediaman.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa memerintahkan Najib menjalani baki hukuman penjara enam tahun bagi kes SRC International Sdn Bhd menerusi kaedah tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta sehingga 23 Ogos 2028.

Mengulas lanjut, Nurulhidayah berkata, ahli keluarga yang ingin melawat perlu mematuhi waktu lawatan ditetapkan pihak berkuasa seperti prosedur di penjara.

"Makanan minuman semua penjara yang tentukan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved