PM: Perkembangan penganjuran F1 di Malaysia diumum esok

25 Jul 2026 • 3:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

PM: Perkembangan penganjuran F1 di Malaysia diumum esok

BUKIT MERTAJAM, 25 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan berkaitan kemungkinan Malaysia kembali menganjurkan perlumbaan Formula Satu (F1) akan diumumkan esok.

“F1 itu kita akan umumkan Ahad nanti,” kata beliau ringkas ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Tahir Jalaluddin dan melancarkan Program Nuqaba, di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata kementeriannya sedang giat mengadakan perbincangan dan penelitian berhubung kemungkinan Malaysia menganjurkan perlumbaan itu bagi menggantikan GP Bahrain yang dijadual berlangsung Oktober ini.

Portal khusus sukan permotoran the-race.com pada Khamis melaporkan Malaysia berpeluang kembali tersenarai dalam kalendar F1 pada notis singkat tahun ini sekiranya konflik di Asia Barat terus menimbulkan gangguan.

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjadi tuan rumah GP Malaysia dari 1999 hingga 2017 sebelum perlumbaan itu digugurkan daripada kalendar F1 susulan peningkatan kos penganjuran dan fi pelesenan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved