Polis buru suspek simbah cat merah kedai emas

11 Aug 2026 • 9:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Polis buru suspek simbah cat merah kedai emas

SEREMBAN – Polis sedang memburu suspek yang terlibat dalam kejadian sebuah kedai emas disimbah cat merah di kawasan perusahaan Senawang di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Yatim Osman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi itu, beberapa suspek yang dipercayai membaling beberapa bungkusan plastik berisi cat merah ke arah bahagian hadapan premis berkenaan masih dikesan pihak polis.

“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati kesan cat merah terkena bahagian lantai hadapan premis, pintu jenis shutter, dinding serta papan tanda kedai.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati premis berkenaan pernah mengalami kejadian sama pada Mei lalu dan satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan salinan rakaman televisyem litar tertutup (CCTV), mengenal pasti kamera CCTV lain di sekitar lokasi serta mengesan dan mengenal pasti suspek yang terlibat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pihak polis,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan dan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

The post Polis buru suspek simbah cat merah kedai emas appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved