Remaja 13 tahun, rakan ceroboh kedai pancing ditahan

12 Aug 2026 • 8:16 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Remaja 13 tahun, rakan ceroboh kedai pancing ditahan

TELUK INTAN – Seorang remaja dan rakan lelakinya yang disyaki terlibat kes pecah masuk sebuah kedai alatan memancing di Jalan Changkat Jong, bulan lalu ditahan polis menerusi dua serbuan berasingan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, penahanan kedua-dua suspek tersebut dilakukan anggotanya dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

Beliau berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada seorang lelaki yang merupakan pemilik kedai berkenaan pada 30 Julai lalu selepas mendapati premisnya telah diumpil dan dipecah masuk.

“Hasil pemeriksaan mendapati sejumlah peralatan memancing telah hilang dengan anggaran kerugian kira-kira RM8,000.

“Susulan laporan tersebut, pihak polis telah menjalankan siasatan dan risikan sebelum berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia 13 dan 19 tahun menerusi dua serbuan berasingan,” katanya di sini, hari ini.

Kok Lian berkata, hasil siasatan lanjut, pihak polis turut berjaya menemui dan merampas semula sejumlah barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan untuk tindakan siasatan selanjutnya.

Beliau berkata, kertas siasatan kemudiannya telah dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dan arahan telah diperoleh supaya kedua-dua suspek dituduh di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

“Seksyen 414 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Kedua-dua suspek yang kini masih dalam tempoh tahanan reman akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan, hari ini untuk menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Remaja 13 tahun, rakan ceroboh kedai pancing ditahan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved