Polis dapat arahan pertuduhan kes kematian anjing di Klang

19 Aug 2026 • 3:23 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis dapat arahan pertuduhan kes kematian anjing di Klang

Polis terima arahan pertuduhan kes kematian anjing semasa operasi tangkapan di Teluk Gedung Indah, Klang. Pendakwaan dijadualkan di Mahkamah Klang esok.

SHAH ALAM: Polis telah menerima arahan pertuduhan berhubung kes kematian seekor anjing semasa operasi tangkapan anjing liar di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang, Julai lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata arahan diterima daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan pendakwaan dijadualkan di Mahkamah Majistret Klang esok.

“Pertuduhan dijangka bukan sahaja membabitkan polis, malah agensi penguat kuasa lain,” katanya pada sidang media kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor di sini hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mengadakan sebarang perhimpunan dan mematuhi arahan polis di mahkamah serta menghormati proses perundangan yang dilakukan.

“Siasatan polis membawa kepada arahan pertuduhan. Kita tidak berpihak kepada mana-mana pihak, kita menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang.

“Justeru, kepada masyarakat, beri kepercayaan dan ruang kepada perundangan untuk melaksanakan bahagiannya,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved