Polis kesan dua kenderaan didakwa uji kelajuan di Putrajaya

LocalCars
10 Sep 2026 • 4:42 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Dua kenderaan dipercayai menguji kelajuan di Jambatan Putra, Putrajaya

Tular rakaman dua buah kereta beraksi di Jambatan Putra, Putrajaya, dipercayai menguji kelajuan sehingga mengundang keresahan orang ramai.

Rakaman berdurasi 25 saat yang dimuat naik di aplikasi Threads itu memaparkan aksi dua kenderaan berkenaan, dengan beberapa individu dilihat turut merakam kejadian.

Isu itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang mempersoalkan kejadian berkenaan dan memetik nama Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin serta Perbadanan Putrajaya.

“Sampai bila nak ada kes orang berlumba macam ini asyik berlaku di Putrajaya?” tulis seorang pengguna media sosial.

Menjawab aduan berkenaan, Radzi Jidin memaklumkan bahawa pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya telah memberi maklum balas berhubung aduan mengenai aktiviti kenderaan berkelajuan tinggi berkenaan.

Menurut beliau, IPD Putrajaya memaklumkan bahawa aduan berkaitan aktiviti kenderaan berkelajuan tinggi itu sedang dalam penelitian serta tindakan lanjut

Baca juga:

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya kini sedang giat mengesan dan mengenal pasti individu serta kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu.

Menurut beliau, penelitian awal terhadap rakaman berkenaan mendapati aksi tersebut berpotensi membahayakan individu terbabit selain pengguna jalan raya lain.

“Sehubungan itu, polis sedang menjalankan usaha bagi mengesan dan mengenal pasti individu serta kenderaan yang terbabit bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan.

Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti menguji kelajuan atau berlumba di jalan awam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 81 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: Thread Mimine, Berita Harian

The post Polis kesan dua kenderaan didakwa uji kelajuan di Putrajaya appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved