Polis Kesan Tiga Remaja Perempuan Hilang Di Kota Kinabalu

LocalPolitics
25 Nov 2026 • 8:37 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Polis Kesan Tiga Remaja Perempuan Hilang Di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, 24 Nov (Bernama) -- Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan tiga remaja perempuan yang dilaporkan hilang dalam kejadian berasingan di sekitar daerah ini.

Dalam kenyataan hari ini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu memaklumkan remaja berkenaan ialah Lorna Palmani, 17, dari Kampung Numbak, One Borneo, Menggatal yang dilaporkan hilang sejak 22 Okt lepas.

Turut dikesan ialah Olivia Jeffrey, 16, dari Taman Richdar, Menggatal yang hilang sejak 7 Nov serta Farha Nabila Abdullah, 14, dari Kampung Sinulihan, Inanam yang dilaporkan hilang 9 Nov lepas.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kesemua remaja berkenaan diminta menghubungi terus IPD Kota Kinabalu melalui talian 088-529222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” menurut kenyataan itu.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved