Polis siasat dakwaan Hadi pernah ditawar AS jatuhkan kerajaan BN

LocalPolitics
8 Sep 2026 • 10:47 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang disiasat susulan dakwaan berkaitan Amerika Syarikat.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pernah ditawarkan kerjasama oleh Amerika Syarikat (AS) untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2014.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar a/l S. Muthuvelu, berkata siasatan itu dijalankan susulan laporan polis yang dibuat berhubung dakwaan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Menurut beliau, rakaman percakapan Abdul Hadi akan diambil dalam tempoh terdekat bagi melengkapkan siasatan.

Dalam pada itu M Kumar menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

Masyarakat turut digesa menggunakan platform media sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.

The post Polis siasat dakwaan Hadi pernah ditawar AS jatuhkan kerajaan BN appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved