Polis tahan dua lelaki kes ragut warga emas di Arau

7 Sep 2026 • 5:59 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis tahan dua lelaki kes ragut warga emas di Arau

Polis menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian meragut seorang wanita warga emas di Arau.

ARAU: Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian ragut seorang wanita warga emas di sebuah rumah di Bumbung Lima di sini, pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata suspek berusia 25 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai manakala rakannya penganggur berusia 26 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Guar Gajah di sini kira-kira 4 pagi, semalam.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari, kedua-dua suspek pergi ke rumah mangsa dengan menaiki motosikal sebelum penganggur berkenaan yang menjadi pembonceng, merentap rantai leher dianggarkan bernilai RM10,000 dipakai warga emas itu. 

“Akibat terkejut, wanita berusia 83 tahun berkenaan jatuh terlentang dan tidak menjerit kerana ketakutan. Beliau kemudian mencapai telefon bimbit milik pembantu rumah dan memaklumkan kejadian itu kepada anaknya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Mohsin berkata warga emas itu dipercayai sedang menunggu pesanan makanan menyebabkannya membuka pintu hadapan rumah sejurus terdengar bunyi motosikal. 

Beliau berkata saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan kini direman empat hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved